Daripada Abu Hurairah r.a Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat..
. . .
Allah : Wahai manusia.. Aku sakit, tapi kamu tidak menjenguk Aku?
Manusia : Bagaimana aku menjenguk-Mu sedangkan engkau Tuhan semesta alam?
Allah : Tahukah kamu bahawa hamba-Ku, polan bin polan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapati-Ku di sisinya. Wahai manusia, Aku minta makanan kepadamu, tapi kamu tidak memberi makanan kepada-Ku?
Manusia : Bagaimana aku memberi makanan kepada-Mu, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?
Allah : Tidakkah kamu tahu, hamba-Ku polan bin polan meminta makanan daripadamu, tapi kamu tdak memberi makanan kepadanya. Tahukah kamu, sekiranya kamu memberi makanan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala disisi-Ku. Wahai manusia, aku meminta minum daripadamu, tapi kamu tidak memberi minum kepada-Ku?
Manusia : Bagaimana aku memberi minum kepada-Mu sedangkan Engkau tuhan semesta alam?
Allah : Tahukah kamu bahawa hamba-Ku polan bin polan meminta minuman daripadamu tapi kamu tidak memberinya minuman. Padahal seandainya kamu memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapati pahala disisi-Ku..."
(Riwayat Muslim)
end.
fullstop.
thnk you Allah. :)
No comments:
Post a Comment